Monday, October 24, 2011

Thailand Beri Diskaun 100K Baht Untuk Pembeli Kereta Kali Pertama, Terima Aduan Dari Proton, Hyundai dan TATA


Barulah rakyat didahulukan! Bukan retorik semata seperti di Malaysia. Itulah kenyataan di Thailand dimana kerajaannya memberi diskaun 100 ribu Bhat atau RM10000 untuk kereta CKD yang mempunyai sesaran 1.5l ke bawah. Ini bermakna model seperti Toyota Vios dan Honda City layak menerima diskaun dan umum sudah tahu harga kereta itu cuma RM50K di Thailand dan dengan diskaun itu, pembeli hanya membayar RM40 ribu sahaja!
Polisi rakyat didahulukan di Thailand ini mendapat kritikan dari Proton, Hyundai dan TATA yang mana mereka tidak mempunyai operasi CKD di negara itu. Proton yang popular dengan model Savvy dan Exora di sana bakal terjejas dengan dijangka ramai akan membeli kereta buatan Jepun seperti Vios atau City.
Polisi kerajaan Thailand memang amat mementingkan kebajikan rakyat. Jauh berbeza dengan Malaysia yang mana kerajaannya mengambil kesempatan ke atas rakyat mereka dengan mengenakan cukai yang tinggi pada benda keperluan asas seperti kereta, rumah dan jalanraya bertol.

No comments:

Post a Comment