Monday, August 29, 2011

kawasan dan lokasi Speedtrap diseluruh negara termasuklah di highway PLUS, NKVE, ELITE, KESAS dan juga di Jalan Persekutuan

Diharapkan kita semua berhati-hati semasa memandu dan semoga selamat sampai ke tempat yang dituju. InsyaAllah. AMIN.


PLUS Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
PLUS Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak


PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi


NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam


KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ


JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Tips: Affordable Car Insurance – Knowing the facts

Every person desires affordable car insurance but no one wants to pay the high price tag. That may not have made much sense to you but the insurance buyer has to be better informed. There has to be some time spent on educating your self adequately to make intelligent decisions about your next insurance quote. Too many folks steer clear of all responsibility with regards to purchasing auto insurance. You don’t need an insurance course to understand the fundamentals involved in rating vehicle insurance. Look in the declarations page on you vehicle insurance and also you will uncover all that you just should know. 
The Declarations Page (Terms of coverage)
1. Policy Period – This is the specific time period that the policy is valid and your insured vehicle is covered. Some car insurance policies have an annual renewal and other could have a six month renewal period. Do not commit for car insurance with a declarations page that shows that your policy period has expired or not stipulated your required coverage period. That could cause you to be placed into a sub-standard carrier. Shop at the least 1 month ahead of your insurance expiry, avoid getting too close.
2. Vehicles – Your car will impact your physical damage rate. When shopping, ensure that you just give the quoting organization the vehicle identification number of your vehicle. This usually will appear  in your declarations page.
3. Drivers in Household – Each and every resident or relative with a driver’s license need to be listed on the policy unless they have other insurance.
4. Liability Limits – These are the limits for bodily injury and property harm insurance. This can be very critical coverage and not a good idea to cut costs in case you are a property owner. This portion of your policy pays benefits or compensations to the party that you may have injured in a car accident. It also pays for the damage to their vehicle.
5. Physical Damage – This can be your collision and comprehensive benefits that you simply see on your declarations page. This really is coverage for the automobiles. Your deductible choice will raise or lower the rate.
These are some of the most common policy terms which you will discover in your declarations page. Ask your insurance firm about discounts and tort option. Find out all that you need to know and hence helping you to get an affordable car insurance that meeting your requirements and provide sufficient protection.

Syarikat Insuran Kereta Di Malaysia (Akan Di update dari Masa ke semasa)

Berikut adalh senarai syarikat insuran kereta di malaysia
(Sila klik nama syarikat untuk ke laman web)


Kurnia 

Takaful Iklas

Tokyo Marine

Automobile Association Malaysia

Model Ferrari FF: Dilancarkan oleh Naza Italia pada harga RM2.8 Juta









FF bermaksud four seater (empat tempat duduk) dan Four Wheel drive ( pacuan empat roda) adalah kereta empat pintu dan empat tempat duduk yang pertama dikeluarkan oleh ferrari, enjinnya adalh enjin v12 yang sama dipakai pada ferrari 599 tetapi telah diubah suai supaya mempunyai torque yang lebih.

Kelebihan kereta ini berbanding kereta yang dulu adalah ia mempunyai empat tempat duduk dimana kebanyakan kereta ferrari lain hanya mempunyai dua tempat duduk kecuali 599 scagiliati sahaja tetapi ia hanya mempunyai dua pintu dan tempat duduk belakang yang sempit.

Kereta ini mempunyai luas boot yang besar menjadikan ia kereta paling praktikal dikeluarkan oleh ferrari. Interior dalaman nya lebih kurang menyerupai ferrari italia dan setting manatino juga lebih kurang sama.

Kereta ini dujuak di Naza Italia pada harga RM2.8 Juta

Spesifikasi Kereta



sumber: Ferrari

Volkswagen Malaysia



Volkswagen ialah sebuah syarikat pengeluar kereta dari german. Perkataan Volk bermaksud rakyat manakala wagen adalah kereta melambang kereta untuk rakyat...

Ditubuh pada 16 Febuary 2006 bertempat di Wisma Volkswagen Bangsar mempunyai kepelbagaian model kereta seperti

Scirocco
Pascat
Polo GTI
Golf GTI

Laman Web

Honda Malaysia announces full recovery of production by August


  • Component parts supply from Japan is improving
  • Honda Malaysia Increasing production units by operating additional hours on weekdays and Saturdays from 1st August 2011 
  • Taking of new bookings of Honda Insight resume on 1st June 2011 onwards. 

Petaling Jaya, 1 June 2011 - Honda Malaysia Sdn. Bhd. today announced that the production at its Alor Gajah plant in Malacca would resume full output of two shifts on 1st August 2011. Besides resuming 100% production output, the plant would also try to increase production units by operating additional hours on weekdays and Saturdays to catch up with the shortage of supply from April through July.
Announcing the latest update, Honda Malaysia Managing Director and Chief Executive Officer, Mr. Yoichiro Ueno said, "Honda associates in Japan have worked tirelessly with our suppliers since the disaster in March to recover the supply of component parts from Japan. Hence, we are pleased to announce that we are able to resume full production much earlier than previously expected."
Mr. Ueno also added that the Company would resume the taking of new bookings of the Insight, Honda's new Hybrid model, from 1st June 2011 onwards. The taking of new bookings of Insight was suspended on 7th April 2011. Meanwhile, the booking for all other Honda models are not affected and can be placed at any authorised Honda dealers nationwide.
"On behalf of Honda, we would like to express our deepest appreciation to our valued customers and business partners for their support, patience and trust especially in the past two months since the disaster. We also apologise for the inconveniences caused during this period. We would like to assure all our customers that we remain committed to meeting the needs of our customers and to ensure their satisfaction," said Mr. Ueno.

source: Honda Malaysia

Tips membeli kereta terpakai



Tips Membeli Kereta Terpakai BADAN kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin.

Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat. Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya. Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga. ·

SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai. Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu. Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar. ·

JURUJUAL mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain. Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu. Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak. Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri. ·

TINGKATKAN kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti. Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi. Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki. Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki. ·

KEMUDIAN pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak. Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek. Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal. ·

KEMBALI semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya. Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak. Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.